Salam Pengenalan

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Seperti program tazkirah pada tahun-tahun lepas, Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) akan meneruskan program kerohanian ini pada tahun ini.

Program tazkirah yang diadakan di PTAR merupakan salah satu aktiviti yang dianjurkan oleh PTAR dengan kerjasama Centre for Islamic Thought and Understanding (CITU) di bawah Program Pembangunan Modal Insan Staf UiTM.

Program ini bertujuan memantapkan pengisian aspek kerohanian dikalangan staf.

Program ini akan diadakan pada setiap hari Jumaat pada minggu akhir setiap bulan. Namun ia tertakluk kepada perubahan jadual. Masa yang diperuntukan adalah selama 1 jam iaitu bermula pukul 8.30 pagi sehingga 9.30 pagi.

Pada kebiasaaanya tempat / lokasi program ini adalah di Bilik Seminar PTAR 1.

Semua staf dijemput hadir bagi mengimarahkan majlis ilmu ini.

Sekian

0 comments:

Post a Comment

 

Pengenalan

Program tazkirah di PTAR merupakan salah satu program di bawah Program Pembangunan Modal Insan Staf oleh Centre for Islamic Thought and Understanding (CITU). Program ini bertujuan bagi memantapkan pengisian aspek kerohanian dikalangan staf. Kebiasaannya program ini dijalankan pada hari Jumaat minggu terakhir setiap bulan.